Thursday, October 6, 2011

Minta Maaf Banyak-Banyak....

Assalamualaikum.....

Lama betul saya tak update AffafBakery ni........

Sebelum tu saya ingin minta maaf banyak-banyak sebab tidak dapat menerima sebarang tempahan buat masa ini. Terima kasih saya ucapkan kerana masih sudi membuat tempahan dengan saya tetapi saya terpaksa menolaknya kerana tak dapat menerima tempahan buat masa ini.

Walaupun hati ini teringin menerima tempahan tapi saya terpaksa menoloknya kerana ingin memberi tumpuan kepada anak-anak saya untuk menghadapi peperiksaan yang akan tiba tak lama lagi. Sebagai ibu yang bekerja masa saya terlalu terhad untuk anak-anak. Walaupun tak sepandai mana tapi bolehlah untuk menemani anak-anak mentelaah bersama-sama.

Sekian.