Assalamualaikum.....
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi membuat tempahan dari saya. Minggu ni ramai yang bertanya dengan saya untuk membuat tempahan cheese tart. Minta maaf banyak-banyak ye sebab bulan puasa ni saya tak dapat menerima sebarang tempahan. Maklumlah tuan dapur nak buat cookies raya pulak tapi bukan untuk jualan hanya untuk diri sendiri dan keluarga je.
Kepada sesiapa yang pernah berkunjung kat kedai bakeri mesti sedia maklum bahawa semua barang2 di kedai bakeri sudah menaikkan harga dengan mendadak sekali. Sekali fikir memang tak lojik langsung. Tiap kali nak puasa, dia orang mesti naikkan harga barang........
Sesiapa yang menjalankan bisness bakeri mesti terkena tempiasnya dan terpaksa menaikkan harga produknya juga kerana tak mampu menanggung kosnya. Oleh itu, saya pun terpaksa membuat begitu juga kerana kosnya semakin meningkat. Harap semuanya faham akan situasi ini......
Oleh itu, pada sesiapa yang membuat TEMPAHAN sepanjang bulan Ramadhan (bulan Ogos je tau) untuk tempahan Bulan SYAWAL (SEPTEMBER) akan dikenakan HARGA LAMA sebab pada bulan SEPTEMBER nanti akan dikenakan HARGA BARU tetapi takdelah begitu mendadak harganya. Harap semua maklum ye........