Saturday, December 31, 2011

Harga Baru Di AffafBakery

Apam Dot-Dot / Max 3 colour saja






RM25.00 perbox / 100 biji









*Sampel saja*
Warna - Merah & Hitam



RM28.00 perbox / 100 biji







*Sampel Saja*



Warna - Kuning & Hitam



RM25.00 perbox / 100 biji







* Nota : Boleh campur tapi harga berlainan








RM35.00 perbox / 50 biji





RM38.00 perbox / 50 biji






















Wednesday, November 30, 2011

Blueberry Cheese Tart

2 kotak blueberry cheese tart




Saya dah lupa tempahan dari siapa, apa pun terima kasih kerana sudi tempah dari saya.





- Sebelum bakar -


Friday, November 18, 2011

Tempahan Mula Dibuka .......

Assalamualaikum...

Untuk makluman semua, tempahan mula dibuka mulai sekarang setelah sekian lama bercuti.
Harap maklum.


Thursday, November 17, 2011

Tempahan Cheese Tart & HARGA BARU TART...



Tempahan semalam atas permintaan jiran.

3 kotak cheese tart blueberry



HARGA BARU :

Seperti yang sedia maklum, saya ingin memberitahu bahawa harga baru tart terpaksa saya naikkan harganya kerana kos untuk bahan mentah telah meningkat dengan mendadak sejak akhir2 ni. Harap Maklum...

CHEESE TART BLUEBERRY / STRAWBERRY

50 biji = RM35.00


FRUITS TART

50 biji = RM38.00


Thursday, October 6, 2011

Minta Maaf Banyak-Banyak....

Assalamualaikum.....

Lama betul saya tak update AffafBakery ni........

Sebelum tu saya ingin minta maaf banyak-banyak sebab tidak dapat menerima sebarang tempahan buat masa ini. Terima kasih saya ucapkan kerana masih sudi membuat tempahan dengan saya tetapi saya terpaksa menolaknya kerana tak dapat menerima tempahan buat masa ini.

Walaupun hati ini teringin menerima tempahan tapi saya terpaksa menoloknya kerana ingin memberi tumpuan kepada anak-anak saya untuk menghadapi peperiksaan yang akan tiba tak lama lagi. Sebagai ibu yang bekerja masa saya terlalu terhad untuk anak-anak. Walaupun tak sepandai mana tapi bolehlah untuk menemani anak-anak mentelaah bersama-sama.

Sekian.

Wednesday, August 3, 2011

PROMOSI COOKIES RAYA.......GERENTI SEDAP!!!

Menjelang bulan Ramadhan yg bkl tiba ini dn Hari Raya dah nak dekat, saya...memperkenalkan pada anda seisi rumah ,rakan-rakan dan sahabat.Assorted Cereal Crunchy Choc Chip Dan Tart Nenas Gulung yg diadun sebati mmg sebati,..rangup dan crunchy...sedap !!!..( 100% Butter ),

Juga didapati di ruang legar ( Rasa Delight ) Mydin Hyper Market Store ( Kelantan ).

Tempahan untuka Hari Raya amat digalakkkan sekurang-kurangnya 3 minggu awal, untuk memudahkan proses.

Penghantaran percuma di kawasan yang berhampiran sahaja.





Tart Nenas Gulung



Cereal Crunchy Choc Chip

Tuesday, August 2, 2011

Terima Kasih.......

Assalamualaikum.....

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi membuat tempahan dari saya. Minggu ni ramai yang bertanya dengan saya untuk membuat tempahan cheese tart. Minta maaf banyak-banyak ye sebab bulan puasa ni saya tak dapat menerima sebarang tempahan. Maklumlah tuan dapur nak buat cookies raya pulak tapi bukan untuk jualan hanya untuk diri sendiri dan keluarga je.

Kepada sesiapa yang pernah berkunjung kat kedai bakeri mesti sedia maklum bahawa semua barang2 di kedai bakeri sudah menaikkan harga dengan mendadak sekali. Sekali fikir memang tak lojik langsung. Tiap kali nak puasa, dia orang mesti naikkan harga barang........

Sesiapa yang menjalankan bisness bakeri mesti terkena tempiasnya dan terpaksa menaikkan harga produknya juga kerana tak mampu menanggung kosnya. Oleh itu, saya pun terpaksa membuat begitu juga kerana kosnya semakin meningkat. Harap semuanya faham akan situasi ini......

Oleh itu, pada sesiapa yang membuat TEMPAHAN sepanjang bulan Ramadhan (bulan Ogos je tau) untuk tempahan Bulan SYAWAL (SEPTEMBER) akan dikenakan HARGA LAMA sebab pada bulan SEPTEMBER nanti akan dikenakan HARGA BARU tetapi takdelah begitu mendadak harganya. Harap semua maklum ye........