Saturday, December 31, 2011

Harga Baru Di AffafBakery

Apam Dot-Dot / Max 3 colour saja






RM25.00 perbox / 100 biji









*Sampel saja*
Warna - Merah & Hitam



RM28.00 perbox / 100 biji







*Sampel Saja*



Warna - Kuning & Hitam



RM25.00 perbox / 100 biji







* Nota : Boleh campur tapi harga berlainan








RM35.00 perbox / 50 biji





RM38.00 perbox / 50 biji






















Wednesday, November 30, 2011

Blueberry Cheese Tart

2 kotak blueberry cheese tart




Saya dah lupa tempahan dari siapa, apa pun terima kasih kerana sudi tempah dari saya.





- Sebelum bakar -


Friday, November 18, 2011

Tempahan Mula Dibuka .......

Assalamualaikum...

Untuk makluman semua, tempahan mula dibuka mulai sekarang setelah sekian lama bercuti.
Harap maklum.


Thursday, November 17, 2011

Tempahan Cheese Tart & HARGA BARU TART...



Tempahan semalam atas permintaan jiran.

3 kotak cheese tart blueberry



HARGA BARU :

Seperti yang sedia maklum, saya ingin memberitahu bahawa harga baru tart terpaksa saya naikkan harganya kerana kos untuk bahan mentah telah meningkat dengan mendadak sejak akhir2 ni. Harap Maklum...

CHEESE TART BLUEBERRY / STRAWBERRY

50 biji = RM35.00


FRUITS TART

50 biji = RM38.00


Thursday, October 6, 2011

Minta Maaf Banyak-Banyak....

Assalamualaikum.....

Lama betul saya tak update AffafBakery ni........

Sebelum tu saya ingin minta maaf banyak-banyak sebab tidak dapat menerima sebarang tempahan buat masa ini. Terima kasih saya ucapkan kerana masih sudi membuat tempahan dengan saya tetapi saya terpaksa menolaknya kerana tak dapat menerima tempahan buat masa ini.

Walaupun hati ini teringin menerima tempahan tapi saya terpaksa menoloknya kerana ingin memberi tumpuan kepada anak-anak saya untuk menghadapi peperiksaan yang akan tiba tak lama lagi. Sebagai ibu yang bekerja masa saya terlalu terhad untuk anak-anak. Walaupun tak sepandai mana tapi bolehlah untuk menemani anak-anak mentelaah bersama-sama.

Sekian.

Wednesday, August 3, 2011

PROMOSI COOKIES RAYA.......GERENTI SEDAP!!!

Menjelang bulan Ramadhan yg bkl tiba ini dn Hari Raya dah nak dekat, saya...memperkenalkan pada anda seisi rumah ,rakan-rakan dan sahabat.Assorted Cereal Crunchy Choc Chip Dan Tart Nenas Gulung yg diadun sebati mmg sebati,..rangup dan crunchy...sedap !!!..( 100% Butter ),

Juga didapati di ruang legar ( Rasa Delight ) Mydin Hyper Market Store ( Kelantan ).

Tempahan untuka Hari Raya amat digalakkkan sekurang-kurangnya 3 minggu awal, untuk memudahkan proses.

Penghantaran percuma di kawasan yang berhampiran sahaja.





Tart Nenas Gulung



Cereal Crunchy Choc Chip

Tuesday, August 2, 2011

Terima Kasih.......

Assalamualaikum.....

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi membuat tempahan dari saya. Minggu ni ramai yang bertanya dengan saya untuk membuat tempahan cheese tart. Minta maaf banyak-banyak ye sebab bulan puasa ni saya tak dapat menerima sebarang tempahan. Maklumlah tuan dapur nak buat cookies raya pulak tapi bukan untuk jualan hanya untuk diri sendiri dan keluarga je.

Kepada sesiapa yang pernah berkunjung kat kedai bakeri mesti sedia maklum bahawa semua barang2 di kedai bakeri sudah menaikkan harga dengan mendadak sekali. Sekali fikir memang tak lojik langsung. Tiap kali nak puasa, dia orang mesti naikkan harga barang........

Sesiapa yang menjalankan bisness bakeri mesti terkena tempiasnya dan terpaksa menaikkan harga produknya juga kerana tak mampu menanggung kosnya. Oleh itu, saya pun terpaksa membuat begitu juga kerana kosnya semakin meningkat. Harap semuanya faham akan situasi ini......

Oleh itu, pada sesiapa yang membuat TEMPAHAN sepanjang bulan Ramadhan (bulan Ogos je tau) untuk tempahan Bulan SYAWAL (SEPTEMBER) akan dikenakan HARGA LAMA sebab pada bulan SEPTEMBER nanti akan dikenakan HARGA BARU tetapi takdelah begitu mendadak harganya. Harap semua maklum ye........

Monday, August 1, 2011

Tempahan Ditutup Sempena Ramadhan......

Assalamualaikum......

Untuk makluman semua, tempahan ditutup sepanjang bulan Ramadhan dan akan dibuka sehingga diberitahu kelak. Walau bagaimanapun, jika sesiapa ingin membuat tempahan selepas 8hb September 2011, bolehlah membuat tempahan.

Terima kasih


Sunday, July 31, 2011

Tempahan Terakhir Sebelum Puasa......CT dan FT

Assalamualaikum.....

Tempahan terakhir yang saya terima sebelum bulan Ramadhan oleh Cikgu Lini dari SMK Taman Tasik. Rasanya ini kali pertama saya terima order dari luar kawasan saya. Biasanya, saya tak berani nak terima tempahan dari luar disebabkan susah untuk penghantaran. Tapi disebabkan HB saya sanggup menghantarnya, so baru berani saya menerima tempahannya.


4 kotak Fruits Tart
6 kotak Cheese Tart

* Terima kasih kerana sudi order dari saya dan berbanyak terima kasih atas pujian tu....

Thursday, July 28, 2011

Tempahan CT (26.7.2011) & CT Lagi ( 28.7.2011)

Tempahan CT pada 28.11 dari Cikgu Sek Sri Sinar lagi. Rasanya ini kali ke 3 cikgu2 sek sri sinar order ct dari ira. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi order dari saya.

20 kotak cheesetart (filling strawberry/blueberry)



Tempahan CT pada 26.7.2011 oleh staff KWSP. Terima kasih juga kerana sudi order dengan saya.
2 kotak CT ( filling strawberry/blueberry)

Sunday, July 24, 2011

Tempahan CT (20.7.2011), Tempahan CT & FT (22.7.2011) & Tempahan CT (23.7.2011)

Tempahan pada 23.7.2011 - Cheese Tart ( Campur)


Tempahan pada 23.7.2011 - CT & FT


Tempahan pada 22.7.2011

2 kotak CT
2 kotak FT




Tempahan pada 20.7.2011 - Cheese Tart ( Campur)

20 Kotak Cheese Tart (Blueberry/Strawberry)
2 Kotak Cheese Tart Filling Coklat

Tuesday, July 19, 2011

Homemade Coklat Untuk DoorGift

Assalamualaikum....

Lega rasanya sebab dapat juga saya siapkan doorgift untuk perkahwinan anak jiran saya sabtu ini. Risau juga takut tak dapat siapkan kerana kena siapkan tempahan cheese tart. Rasanya minggu ni saya memang tak cukup tangan, mujurlah ada HB turut serta membantunya.

Doorgift Coklat - 2 pcs coklat + 2 cavities + riben ( cth)

500 kotak kebawah = RM2.40

501 kotak ke atas = RM2.20

(Min. order = 100 kotak)


Monday, July 18, 2011

Tempahan Cheese Tart (15.7.2011) & Tempahan Cheese Tart dan Fruits Tart(16.7.2011)




Tempahan pada 16.7.2011
4 Kotak Cheese Tart ( Filling Strawberry & Blueberry)
4 Kotak Fruits Tart



Tempahan pada 15.7.2011
2 kotak cheese tart - aneka filling

Wednesday, July 13, 2011

Tempahan Cheese Tart Lagi....


Assalamualaikum...

Harap tak de sesiapa jemu asyik dok tayang cheese tart je ye.... 2 kotak tempahan last minit dari jiran. Tak nak terima kesian pulak sebab esok ada jamuan kat kerjanya. Mujurlah ada baki stok cream cheese dalam peti ais. Terima kasih ye.....


Sebelum masuk oven......

Tuesday, July 12, 2011

Tempahan Cheese Tart & Fruits Tart

Assalamualaikum.....

Sejak akhir-akhir ni ira memang tak sempat langsung nak ambil banyak tempahan. Sibuk sangat sejak akhir-akhir ni. Nak updated blog pun tak sempat. Ira minta maaf kepada sesiapa yang menghantar email untuk tempahan kerana tak dapat memenuhinya. Minta maaf banyak-banyak. Jiran-jiran kat rumah nak buat tempahan pun tak dapat ira tunaikan.

Sejak akhir-akhir ini Affafbakery lebih banyak menerima tempahan cheese tart dan fruit tart, sampaikan diri ni dah lupa macamana nak buat kek dan muffin. Hehehehe........ Tak pelah, inilah dikatakan rezeki. Mungkin lepas raya nanti, affafbakery akan memperbanyakkan lagi promosi.

Okeylah, banyak membebel pulak kita ni. Kita layan je antara tempahan-tempahan minggu lalu dan minggu ni pun masih ada beberapa tempahan yang perlu saya siapkan. Terima kasih kerana sudi tempah dari Affafbekery.






Sunday, June 26, 2011

Tempahan Minggu Lalu....

Assalamualaikum.......

Rasanya dah dekat seminggu tak dapat updated blog ni. Sibuk dengan kerja-kerja dipejabat sehingga tak sempat langsung. Walaupun sibuk, masih lagi sempat menerima tempahan tapi terhad, kerana takut tak dapat menyiapkan tempahan.





Terima kasih kerana sudi tempah di Affaf Bakery