Wednesday, August 3, 2011

PROMOSI COOKIES RAYA.......GERENTI SEDAP!!!

Menjelang bulan Ramadhan yg bkl tiba ini dn Hari Raya dah nak dekat, saya...memperkenalkan pada anda seisi rumah ,rakan-rakan dan sahabat.Assorted Cereal Crunchy Choc Chip Dan Tart Nenas Gulung yg diadun sebati mmg sebati,..rangup dan crunchy...sedap !!!..( 100% Butter ),

Juga didapati di ruang legar ( Rasa Delight ) Mydin Hyper Market Store ( Kelantan ).

Tempahan untuka Hari Raya amat digalakkkan sekurang-kurangnya 3 minggu awal, untuk memudahkan proses.

Penghantaran percuma di kawasan yang berhampiran sahaja.





Tart Nenas Gulung



Cereal Crunchy Choc Chip

Tuesday, August 2, 2011

Terima Kasih.......

Assalamualaikum.....

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi membuat tempahan dari saya. Minggu ni ramai yang bertanya dengan saya untuk membuat tempahan cheese tart. Minta maaf banyak-banyak ye sebab bulan puasa ni saya tak dapat menerima sebarang tempahan. Maklumlah tuan dapur nak buat cookies raya pulak tapi bukan untuk jualan hanya untuk diri sendiri dan keluarga je.

Kepada sesiapa yang pernah berkunjung kat kedai bakeri mesti sedia maklum bahawa semua barang2 di kedai bakeri sudah menaikkan harga dengan mendadak sekali. Sekali fikir memang tak lojik langsung. Tiap kali nak puasa, dia orang mesti naikkan harga barang........

Sesiapa yang menjalankan bisness bakeri mesti terkena tempiasnya dan terpaksa menaikkan harga produknya juga kerana tak mampu menanggung kosnya. Oleh itu, saya pun terpaksa membuat begitu juga kerana kosnya semakin meningkat. Harap semuanya faham akan situasi ini......

Oleh itu, pada sesiapa yang membuat TEMPAHAN sepanjang bulan Ramadhan (bulan Ogos je tau) untuk tempahan Bulan SYAWAL (SEPTEMBER) akan dikenakan HARGA LAMA sebab pada bulan SEPTEMBER nanti akan dikenakan HARGA BARU tetapi takdelah begitu mendadak harganya. Harap semua maklum ye........

Monday, August 1, 2011

Tempahan Ditutup Sempena Ramadhan......

Assalamualaikum......

Untuk makluman semua, tempahan ditutup sepanjang bulan Ramadhan dan akan dibuka sehingga diberitahu kelak. Walau bagaimanapun, jika sesiapa ingin membuat tempahan selepas 8hb September 2011, bolehlah membuat tempahan.

Terima kasih


Sunday, July 31, 2011

Tempahan Terakhir Sebelum Puasa......CT dan FT

Assalamualaikum.....

Tempahan terakhir yang saya terima sebelum bulan Ramadhan oleh Cikgu Lini dari SMK Taman Tasik. Rasanya ini kali pertama saya terima order dari luar kawasan saya. Biasanya, saya tak berani nak terima tempahan dari luar disebabkan susah untuk penghantaran. Tapi disebabkan HB saya sanggup menghantarnya, so baru berani saya menerima tempahannya.


4 kotak Fruits Tart
6 kotak Cheese Tart

* Terima kasih kerana sudi order dari saya dan berbanyak terima kasih atas pujian tu....

Thursday, July 28, 2011

Tempahan CT (26.7.2011) & CT Lagi ( 28.7.2011)

Tempahan CT pada 28.11 dari Cikgu Sek Sri Sinar lagi. Rasanya ini kali ke 3 cikgu2 sek sri sinar order ct dari ira. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi order dari saya.

20 kotak cheesetart (filling strawberry/blueberry)



Tempahan CT pada 26.7.2011 oleh staff KWSP. Terima kasih juga kerana sudi order dengan saya.
2 kotak CT ( filling strawberry/blueberry)

Sunday, July 24, 2011

Tempahan CT (20.7.2011), Tempahan CT & FT (22.7.2011) & Tempahan CT (23.7.2011)

Tempahan pada 23.7.2011 - Cheese Tart ( Campur)


Tempahan pada 23.7.2011 - CT & FT


Tempahan pada 22.7.2011

2 kotak CT
2 kotak FT




Tempahan pada 20.7.2011 - Cheese Tart ( Campur)

20 Kotak Cheese Tart (Blueberry/Strawberry)
2 Kotak Cheese Tart Filling Coklat

Tuesday, July 19, 2011

Homemade Coklat Untuk DoorGift

Assalamualaikum....

Lega rasanya sebab dapat juga saya siapkan doorgift untuk perkahwinan anak jiran saya sabtu ini. Risau juga takut tak dapat siapkan kerana kena siapkan tempahan cheese tart. Rasanya minggu ni saya memang tak cukup tangan, mujurlah ada HB turut serta membantunya.

Doorgift Coklat - 2 pcs coklat + 2 cavities + riben ( cth)

500 kotak kebawah = RM2.40

501 kotak ke atas = RM2.20

(Min. order = 100 kotak)